fbpx

Jangan Risau Kalau Roti Di Kedai Habis. Boleh Buat Sendiri Roti Benggali ini. Kawal Bahan Yang Kita Mahu, Baru Tak Was-Was.

iCookAsia

Musim PKP yang lepas mengajar kita untuk berdikari untuk memasak semua nya sendiri. Daripada makanan Melayu dan makanan yang berunsurkan pastry. Seperti perkongsian resipi di bawah ini, siapa sangka boleh buat roti sendiri di rumah? Dulu, membeli roti buku gardienia sudah menjadi barangan wajib dibeli setiap minggu. Sekarang? Buat dirumah je… Semua boleh jadi chef di rumah. Yang penting, ada usaha dan jangan putus asa. 

Terima kasih Hehiman Sakuan untuk perkongsian resipi Homemade Loaf Bread ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cup tepung gandum

1 sudu makan marjerin

3 sudu gula

1 cup susu (full cream/ low fat/ fresh) (suam)

(1 cup air suam + 2 sudu makan susu tepung)

1 sudu makan yis

Sedikit garam

Cara membuat:
1. Gula, susu (suam) dan yis digaulkan dan biarkan berbuih seketika.
2. Selepas itu, masukkan ke dalam adunan tepung dan garam. Uli seketika dan masukkan marjerin. Uli lagi hingga elastik. Kemudian, biarkan naik seketika (double in size).


3. Bentukkan dan bakar pada suhu lebih kurang 200-230 selama 30-45 minit. Guna api atas dah bawah.

*Jika roti loaf ni sudah kekuning seperti didalam gambar, bermakna roti boleh dikeluarkan. 

\

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hehiman Sakuan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x