in ,

Jangan Sampai Pecah Minyak Kalau Masak Masakan Lemak Ketam Ni Tau.

Masakan Ketam ini tak selalu orang masak. Maklumlah, kena cari harga yang berpatutan, segar dan yang penting, orang yang nak makan tu mesti tahu untuk ratah Ketam ni. 

Kalau anda ada stok Ketam di rumah dan tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resipi dibawah ini. Masak untuk suami, pasti suka!

Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Masak Lemak Ketam ini 🙂

Bahan bahan:

6 ekor ketam

200gm santan kotak

1 cawan air

Sedikit daun kunyit – di carik carik

2 batang serai – ketuk

2 keping asam keping

4-5 biji cili api – hiasan 

1 sdb cili kisar

1 biji bawang merah – di tumbuk lumat

Serbuk kunyit

Garam

Cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kecuali garam.
  2. Kacau rata, kemudian masak atas api yang kecik.
  3. Kacau dan timba kuah, jangan sampai pecah minyak. Bila dah elok mendidih, ketam dah masak. Tutup api dan perasakan dengan garam. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0