fbpx

Jom Belajar Cara Bancuh Tepung Untuk Membuat Cempedak Goreng. Sedap Dan Rangup Rasanya!

iCookAsia

Petang-petang mesti nak makan sesuatu yang sedap dan mudah untuk dibuat. Boleh makan sambil lepak dengan keluarga. Boleh buat resepi ini, mudah sahaja dan mesti puas hati bila makan. 

Jom try.

Terima kasih Cetos.Cemilan untuk perkongsian resipi Resepi Cempedak Goreng ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

400 g tepung gandum

100 g tepung beras

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 biji telur

Bahan B:

700 ml air

1 sudu besar air kapur 

Bijan (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, proseskan cempedak tersebut dengan buang kulit dan ambil isi nya.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit. Kacau.
  3. Seterusnya, masukkan pula telur. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan pula air dan gaul lagi sehingga sebati. 
  5. Kemudian, masukkan air kapur dan bijan jika suka. Kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
  6. Untuk buat kriuk kriuk, asingkan sedikit adunan ke dalam botol yang berlubang dan tambahkan sedikit air. Goncang-goncangkan. 
  7. Panaskan minyak dan gorengkan. Picit adunan di dalam botol tadi untuk buat kriuk-kriuk.
  8.  Setelah sudah siap, boleh angkat dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cetos.Cemilan(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x