fbpx

Jom Buat Ayam Goreng Kunyit. Simple, Ringkas Dan Cepat!

iCookAsia

Kadang-kadang rasa nak masak lauk yang simple sahaja tapi mengenyangkan. Apa kata cuba buat Ayam Goreng Kunyit ini. Sangat mudah dan boleh dibuat dalam masa yang sekejap sahaja. Ada hidangan ini pun sudah cukup.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mim Ishak perkongsian resipi Ayam Goreng Kunyit ini 🙂

Bahan-bahan:

Serbuk kunyit

Serbuk kari

Garam

Serbuk perasa (Optional)

Bawang holland

3 ulas bawang putih (Hiris nipis)

Cili merah (Hiris)-Optional

Green Capsicum (Optional)

Carrot

Kacang panjang

Sos tiram

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit serbuk kari serta garam. Boleh letak serbuk perasa jika suka. Jangan letak serbuk kunyit terlalu sikit.
  2. Gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan.
  3. Apabila ayam sudah masak, masukkan bawang holland dan bawang putih.
  4. Kalau nak masukkan cili merah atau capsicum hijau pun boleh.
  5. Kemudian, kacau sampai bawang sudah layu dan masukkan carrot serta kacang panjang.kacau lagi sehingga sayur-sayur ini lembut.
  6. Jika semua sudah sebati, masukkan sos tiram. Boleh agak-agak sahaja. Kacau rata dan rasa. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mim Ishak(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x