fbpx

Jom Buat Cornflakes Creamy And Milky, Confirm Kejap Je Habis Ni

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Cornflakes kan? Biasa ramai yang makan Cornflakes Madu tapi kali ni, Admin nak kongsikan dengan anda semua satu resepi yang buat Cornflakes Creamy And Milky. Dengar pun dah tahu sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fatimah Hafizan perkongsian resipi Cornflakes Creamy And Milky ini 🙂

Bahan-bahan:

275 g cornflakes

4 atau 5 sudu susu pekat (mengikut tahap kemanisan yang diinginkan)

4 sudu gula perang

170 g buttercup atau pure butter

Bahan tambahan:

50 g mix dry cerry (Optional)

Colour rice (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan susu, gula perang dan butter dalam kuali.
  2. Kemudian, masak bagi cair kesemuanya dan biarkan sampai berbuih.
  3. Seterusnya, boleh campurkan cornflakes dalam campuran tadi.
  4. Gaul-gaul dan tutup api. Pastikan gaul seketika.
  5. Susunkan dalam paper cup.
  6. Bakar pada suhu 150 selama 10 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
  7. Akhir sekali, tunggu sejuk baru letakkan dalam bekas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatimah Hafizan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x