fbpx

Jom Buat Kek Pisang Kukus, Paling Sedap Dan Gebu Je Tau!

iCookAsia

Kalau dapat makan Kek Pisang Kukus Pun sedap juga ni. Mudah, sedap dan gebu tau. Sesuai sangat buat untuk makan petang, digandingkan pula dengan secawan kopi, makin nikmat rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nur Anisa perkongsian resipi Kek Pisang Kukus ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji telur (guna gred A)

Setengah cawan gula pasir

1 cawan minyak masak

1 sudu kecil esen vanilla

5 biji pisang (Boleh guna pisang berangan)

1sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

  1. Mula-mula, blend kan telur dan gula hingga kembang selama 5 minit.
  2. Masukkan minyak dan esen, blend sekejap.
  3. Kemudian, masukkan pisang yang telah dilenyek.
  4. Dalam besen lain, ayakkan tepung soda dan baking.Masukkan bahan-bahan yang telah di blend.Guna teknik kaup sahaja.
  5. Akhir sekali, kukus dalam anggaran 15 hingga 20 minit.

Nota tambahan:

  1. Jangan lupa oles minyak pada acuan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Anisa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x