fbpx

Jom Buat Kuih Lapis Sukatan Cawan Ini, Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Waktu berbuka puasa mesti kena ada kuih kan? Baru berselera nak makan. Setiap kali pergi ke bazar mesti mesti terfikir nak beli kuih apa sebab terlalu banyak. Apa kata anda cuba buat resepi ini, mudah, sedap dan jimat pula tu.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nik Ilinur Fathin perkongsian resipi Kuih Lapis Sukatan Cawan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan santan

1 cawan air

1 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula

1/2 sudu kecil garam

Pewarna kesukaan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan kukusan.
  2. Kemudian, kisarkan kesemua bahan kecuali pewarna. Tapiskan.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian iaitu 2 warna yang berbeza.
  4. Seterusnya, kukus setiap lapisan selama 7 minit.
  5. Akhir sekali, kukuskan lapisan akhir selama 20 minit.

Sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum tuangkan adunan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nik Ilinur Fathin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x