fbpx

Jom Buat Resepi Almond London Guna Sukatan Cawan. Mudah Je Tau!

iCookAsia

Macam tak lengkap raya tanpa biskut Almond London kan? Kalau buat sendiri pun best juga, jimat dan boleh sediakan dalam banyak balang untuk raya nanti. Bukan itu sahaja, resepi kali ini menggunakan sukatan cawan jadi bertambah mudah tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fazilah Zakaria perkongsian resipi Almond London ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 cawan buttercup

3/4 cawan gula ising (kalau taknak manis boleh kurangkan)

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu besar tepung beras

1 sudu kecil serbuk penaik

3 sudu besar serbuk badam

Bahan C:

2 cawan coklat masakan (Boleh guna beryl’s yang coin dan guna kaedah double boiler)

Panaskan kacang badam terlebih dahulu dalam oven pada suhu 150 selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan bahan A sampai sebati dengan menggunakan senduk kayu sahaja. Tidak perlu pukul lama.
  2. Kemudian, masukkan bahan B sikit-sikit sambil uli. Kalau lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh letak sedikit butter. Jangan uli terlalu lama sampai doh tidak melekat pada tangan sahaja.
  3. Gentel-gentel dan masukkan 1 biji kacang badam mengikut kesukaan masing-masing nak besar mana.
  4. Seterusnya, bakar pada suhu 170c selama 25 minit. Ikut oven masing-masing.
  5. Akhir sekali, jika biskut sudah sejuk, boleh celupkan dalam coklat dan sejukkan coklat bagi keras sikit dan masukkan dalam balang. Siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fazilah Zakaria(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x