Kadang-kadang rasa penat tak bila nak masak sambal tapi cili kering belum dikisar lagi? Masa pun tak cukup sebab sekarang ramai yang bekerja di rumah (work from home). Jangan risau, anda boleh ikut tips yang Admin kongsikan ni dan boleh jimat waktu memasak!
Terima kasih Sue Azhar untuk perkongsian tips menyimpan cili kisar ni 🙂
Tips Simpan Cili Blend:
- Potong cili kering dan buang bijinya
- Rebus cili kering sehingga masak
- Blend bersama bawang merah dan bawang putih
- Masuk dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam peti ais sejuk beku
Nota:
Lepas blended cili dah beku dalam bekas kecil, boleh keluarkan daripada bekas, masukkan dalam bekas lain dan bekukan semula. Bila nak guna nanti baru keluarkan dan terus tumis.
Jom sama-sama try tips ni! 🙂
Kredit tips dan gambar: Sue Azhar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.com
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos