Kacang Bilis Pedas perkongsian Faizah Md Zain ini memang sedap dibuat ratah. Biarpun disimpan lama, namun kacang dan bilis tetap kekal rangup. Cuma ikut sahaja resipi yang dikongsikan.
Bahan :
1 kg Kacang tanah
Ikan bilis – RM5
3 senduk Lada mesin – ikut tahap pedas masing-masing
10 ulas Bawang putih – kisar
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 sb Gula merah
3 biji Gula batu
1/2 cawan Air
Cara :
- Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dan api perlahan. Goreng sehingga garing tetapi jangan sampai pahit. Angkat dan tos minyak.
- Goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan.
- Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam satu senduk minyak sahaja. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah, gula batu dan air. Masak dengan api perlahan sehingga likat dan pekat. Boleh tambah bahan yang kurang.
- Apabila semua sudah cukup perasa, tutup api dan biarkan sejuk.
- Apabila sambal sudah betul-betul sejuk, baru gaulkan kacang dan ikan bilis dalam lada. Masukkan dalam penapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas tertutup.
Kredit resipi & foto : Faizah Md Zain
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/