Kuih Bingka atau lebih dikenali dengan nama Kuih Bakar ini menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih tiba pada waktu kuih ini siap dimasak. Kerana, bau yang dihasilkan sangat harum dan wangi. Satu rumah boleh bau!
Tetapi pernahkah anda buat Kuih Bingka dengan menggunakan roti? Seperti seorang pengguna Facebook ini, di mana beliau menggunakan sebanyak 7 keping roti untuk membuat Bingka Roti. Biasa kita dengan Bingka Pandan je kan? Haa, kali ini jom cuba kuih Bingka Roti pula.Â
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Bingka Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
7 keping roti gardenia
1 cawan air
2 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula (kalau nak kurang manis kurangkan gula sikit)
1 cawan susu cair
1 cawan tepung gandum
1 camca esen vanilla
2 sudu butter dicairkan
Sedikit garam
Cara membuat:
- Carik-carikkan roti dan rendam dengan 1 cawan air.
- Kisarkan semua bahan di atas.Â
- Cairkan butter dan masukkan sekali. Apabila sudah sebati, masukkan bahan yang telah di kisar tadi ke dalam roti yang telah direndam tadi.
- Sediakan loyang yang telah disapu sedikit butter atau minyak.
- Bakar dalam oven pada suhu 160, ikut oven masing-masing.Â
- Akhir sekali, taburkan bijan sedikit.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos