fbpx

Kalau Belum Pernah Cuba Sup Ayam Berempah, Meh Sini Wajib Try!

iCookAsia

Menu yang simple tapi sedap ni memang kena cuba. Biasa cuba sup ayam biasa kan? Haa kena cuba Sup Ayam Berempah ni. Cara nak buat mudah saja. Boleh cuba perkongsian daripada seorang wanita di Facebook.

Jom try.

Terima kasih Zurina Zulkefli untuk perkongsian resipi Sup Ayam Berempah ini ๐Ÿ™‚

Bahan- bahan:

Bahan A:

1 mangkuk ayam bahagian bertulang (Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup)

Bahan B:

1 biji bawang besar (Hiris nipis)

Bawang putihย 

Halia

1 biji tomato merah (Dipotong dadu)

2 mangkuk air

Ubi kentang

Garam

Kiub pati ayam

Daun sup

Bawang goreng

Bahan Untuk Sup:

Paket serbuk rempah sup

Paket 4 sekawan rempah dan bunjut

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan 3 sudu minyak masak dan tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
  2. Kemudian untuk bawang putih dan halia, tumbuk lumat serta masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
  3. Masukkan pula sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
  4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
  5. Boleh masukkan ayam. Gaul rata.
  6. Masukkan pula dua mangkuk air.
  7. Seterusnya, campakkan sup bunjut.
  8. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil sehingga sup sudah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
  9. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x