Kalau dapat makan Paprik pun sedap juga kan? Dihidangkan pula dengan nasi panas. Memang mantap betul rasanya. Kalau nak tambah bahan lain seperti udang atau sotong pun boleh. Peminat seafood pun boleh cuba tau resepi ini.
Terima kasih Norfarhana Ariffin untuk perkongsian resipi Paprik Ayam Thai ini 🙂
Bahan- bahan:
Ayam
UdangÂ
Sotong
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Putik jagung
Tomato
Bawang holland (hiris)
4-5 ulas bawang putih (cincang halus atau tumbuk)
Cili kering kisar
Sos tomato
Sos cili thai
Sos ikan
Sos tiram
Kicap manis
Pes tom yam (sikit sahaja)
Cili padi
Tomato
SeraiÂ
Daun limau purut
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng ayam, udang dan sotong sekejap dalam kuali berisi minyak. Angkat.
- Kemudian, tumis bawang putih. Jika sudah garing masukkan cili kisar.
- Masukkan sos tiram, sos cili thai, sos tomato, sos ikan dan sedikit pes tom yam.
- Masukkan pula serai dan daun limau purut serta kicap.
- Seterusnya, masukkan gula garam dan ajinamoto.
- Masukkan ayam, udang dan sotong yang digoreng tadi.
- Akhir sekali, masukkan sayur yang telah dipotong, bawang holland yang dhiris, cili padi dan tomato. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norfarhana Ariffin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity