fbpx

Kalau Buat Paprik Ayam Thai Sedap Juga Ni, Boleh Makan Untuk Dinner Nanti

iCookAsia

Kalau dapat makan Paprik pun sedap juga kan? Dihidangkan pula dengan nasi panas. Memang mantap betul rasanya. Kalau nak tambah bahan lain seperti udang atau sotong pun boleh. Peminat seafood pun boleh cuba tau resepi ini.

Terima kasih Norfarhana Ariffin untuk perkongsian resipi Paprik Ayam Thai ini 🙂

Bahan- bahan:

Ayam

Udang 

Sotong

Kacang panjang

Carrot

Bunga kobis

Putik jagung

Tomato

Bawang holland (hiris)

4-5 ulas bawang putih (cincang halus atau tumbuk)

Cili kering kisar

Sos tomato

Sos cili thai

Sos ikan

Sos tiram

Kicap manis

Pes tom yam (sikit sahaja)

Cili padi

Tomato

Serai 

Daun limau purut

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng ayam, udang dan sotong sekejap dalam kuali berisi minyak. Angkat.
  2. Kemudian, tumis bawang putih. Jika sudah garing masukkan cili kisar.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili thai, sos tomato, sos ikan dan sedikit pes tom yam.
  4. Masukkan pula serai dan daun limau purut serta kicap.
  5. Seterusnya, masukkan gula garam dan ajinamoto.
  6. Masukkan ayam, udang dan sotong yang digoreng tadi.
  7. Akhir sekali, masukkan sayur yang telah dipotong, bawang holland yang dhiris, cili padi dan tomato. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfarhana Ariffin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x