fbpx

Kalau Tak Ada Lemang dan Ketupat, Buat Je Kuih Pulut Sri Kaya Ini. Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Kuih-muih menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Hari Raya. Memang menjadi sambutan ramai kerana orang Melayu ini penuh dengan adat dan tradisi. Betul tak?

Kalau nak cuba kuih yang berlainan daripada biasa. Anda patut cuba Pulut Sri Kaya atau Atok Aji Serban ini. Nama mudah yang dipanggil oleh orang Kelantan adalah Pulut Kaya. Jom cuba!

Terima kasih WN Akma untuk perkongsian resipi Pulut Sri Kaya ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

4 ketul Nise atau gula melaka 

9 biji telur gred D

Santan (setengah kotak)

Garam

Cara membuat:

  1. Beras pulut, basuh bersih. Nak rendam sekejap boleh, tak nak rendam pun boleh. Kukus sampai masak.
  2. Gula melaka 4 ketul. Cairkan dengan segelas air ( sukat guna gelas kedai eco saja seperti dalam gambar). Kalau nak manis, letak 5 ketul gula melaka atau Nise. Lepas gula melaka cair. Ketepikan biar sejuk.
  1. Setelah air gula sedikit sejuk (“saya buat air gula masih suam”), pukul telur dengan air gula melaka. Sekejap sahaja, tak perlu kembang sampai kental. Tak nak bau hanyir, boleh letak perasa vanilla/ pandan.
  2. Pulut lepas kukus, gaul dengan santan. Guna setengah kotak atau agak-agak santan, jangan terlebih jangan terkurang (Kalau nak berlemak sikit, letak 2 sudu besar minyak masak). Letak garam sikit. Semuanya gaul sebati dan masukkan dalam loyang, tekan-tekan sikit. Ratakan. Terus letak atas pengukus.

**Loyang sapu sikit dengan minyak baru ratakan pulut.

  1. Masukkan telur yang telah di pukul dengan air gula melaka. Tuang terus atas adunan pulut yang telah di ratakan dalam loyang tadi. Pastikan tapis dulu baru tuang atas loyang pulut tadi. Boleh kukus sampai masak. Lebih kurang 30 – 40 minit.
  2. Tunggu sejuk baru boleh potong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: WN Akma (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x