fbpx

Kari Daging Bersantan Yang Cukup Menyelerakan

iCookAsia

Kari daging memang sesuai untuk dihidangkan bersama apa sahaja kan? Makan dengan nasi, roti, lempeng ataupun roti jala. Dan untuk daging, terpulang untuk gunakan apa sahaja jenis daging mengikut kegemaran masing-masing.

Ada yang rebus terlebih dahulu daging dan baru masukkan ke dalam rempah masak, ada juga yang memasak daging bersama rempah ratus dan cara ini supaya manis air daging tidak hilang.

 

Bahan :

1/2 kg Daging – rebus dahulu 40 minit

1 pek Rempah Daging Babas

3 Beradik (bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)

4 labu Bawang kecil – tumbuk

2 ulas Bawang putih – tumbuk

1 inci Halia – tumbuk

1 sk Lada hitam – tumbuk

1 sk Jintan manis – tumbuk

2 biji Ubi kentan

Sebungkus Kerisik

1 cwn Santan

1 ketul Kiub pati ayam

Garam

2 biji Tomato – belah 4

10 biji Cili padi

Sedikit Daun bawang

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis tiga beradik dan bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan rempah daging yang dicampurkan sedikit air dan kerisik. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan santan, daging dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang lembut. Kemudian masukkan pati ayam.
  4. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam. Masak sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan cili padi. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Siti Fatimah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

 

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x