Hari ni, kita kongsikan resipi karipap roti sardin yang sangat mudah. Tak payah uli doh. Guna roti je! Boleh la nanti buat untuk sarapan pagi atau makan petang. Makan panas-panas sedap ni…
Bahan-bahan:
Marjerin – 1 Sudu Besar
Bawang putih – 3 ulas
Cili kisar – 3 sudu besar
Air – ½ cawan
Sardin – 425g (1 Tin)
Tomato – 1 ½
Bawang besar – 1 biji
Cili padi – 2 biji
Cili merah – ½ biji
Garam – 1 sudu kecil
Gula – 1 sudu besar
Roti – 10 keping *boleh ditambah jika mahu banyak
Telur – 2 biji
Serbuk roti – 2 cawan
Minyak masak
Cara memasak:
- Panaskan marjerin dan tumis bawang putih kemudian masukkan cili kisar.
- Masak sebentar kemudian masukkan ½ cawan air. Dan masak sehingga garing.
- Selepas itu masukkan 1 tin sardin, masak sebentar dan hancurkan isi sardin.
- Kemudian masukkan tomato,kacau sebentar dan masukkan bawang besar, cili padi, cili merah, garam dan gula. Masak sehingga sedikit kering dan sejukkan seketika.
- Rolkan roti sedikit nipis dan masukkan inti sardin yang telah di masak tadi.
- Tekap roti dengan acuan karipap.
- Kemudian salutkan karipap tadi dengan telur dan serbuk roti.
- Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kuning keemasan.
Sedia untuk dihidang!
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/