fbpx

Karipap Roti Sardin, Resipi Mudah Untuk Orang Bujang

iCookAsia

Hari ni, kita kongsikan resipi karipap roti sardin yang sangat mudah. Tak payah uli doh. Guna roti je! Boleh la nanti buat untuk sarapan pagi atau makan petang. Makan panas-panas sedap ni…

Bahan-bahan:

Marjerin – 1 Sudu Besar
Bawang putih – 3 ulas
Cili kisar – 3 sudu besar
Air – ½ cawan
Sardin – 425g (1 Tin)
Tomato – 1 ½
Bawang besar – 1 biji
Cili padi – 2 biji
Cili merah – ½ biji
Garam – 1 sudu kecil
Gula – 1 sudu besar
Roti – 10 keping *boleh ditambah jika mahu banyak
Telur – 2 biji
Serbuk roti – 2 cawan
Minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih kemudian masukkan cili kisar.
  2. Masak sebentar kemudian masukkan ½ cawan air. Dan masak sehingga garing.
  3. Selepas itu masukkan 1 tin sardin, masak sebentar dan hancurkan isi sardin.
  4. Kemudian masukkan tomato,kacau sebentar dan masukkan bawang besar, cili padi, cili merah, garam dan gula. Masak sehingga sedikit kering dan sejukkan seketika.
  5. Rolkan roti sedikit nipis dan masukkan inti sardin yang telah di masak tadi.
  6. Tekap roti dengan acuan karipap.
  7. Kemudian salutkan karipap tadi dengan telur dan serbuk roti.
  8. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kuning keemasan.

Sedia untuk dihidang!

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x