in ,

Kastard Puding Agar-Agar

MIN KAFFE KASTARD AGAR-AGAR PUDING 

Bahan untuk puding agar-agar :

Agar-agar,35,g

Gula kastor,480,gm

Butter,187.5,gm-dicairkan

Telur kuning,5,biji

Susu cair,1,tin

Air,1.25,liter

Serbuk kastard,3,sdb (dicampur)-campuran  kastard

Air,3,sdb

Vanilla essence,1,sdk

Hai-O Min Kaffe,2,paket

Bahan untuk sos kastard :

Krim,200,ml

Gula,1,sdb

Serbuk kastard,2,sdk(dicampur)-campuran kastard

Air,2,sdk

Untuk menyediakan pudding agar2:

  1. Di dalam mangkuk masukkan kuning telur,vanilla essence dan butter cair.              Ketepikan

  2. Masukkan air di dalam periuk kemudian agar2 dan gula. Masak sehingga menjadi cecair.

  3. Kemudian masukkan 2 paket Min Kaffe dan kacau lagi menggunakan pemukul sehingga sebati.

  4. Kemudian tuangkan campuran telur tadi bersama campuran kastard. Kacau perlahan menggunakan api yang perlahan. Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat seperti kastard.

  5. Setelah itu tuangkan campuran tadi ke dalam bekas jelly atau bekas kaca. Sejukkan paling kurang 4 jam atau semalaman.

Untuk menyediakan sos kastard :

  1. Panaskan krim di dalam periuk dan masukkan gula. Masak sehingga kesemua bahan menjadi cair dan sebati. Kemudian masukkan campuran kastard tadi dan pukul perlahan sehingga sediki pekat. Sejukkan seketika sebelum di hidang.

Untuk menghidang:

Potong puding mengikut kesukaan anda kemudian tuangkan sos kastard ke atasnya dan taburkan sedikit buah beri. Min kaffe kastard puding agar2 sedia untuk dihidang.

Written by Sahajidah Hai-O

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0