fbpx

Kek Buah Kukus Gebu Gebas Dan Cukup Moist. Ada Cara Supaya Buah Tak Jatuh Ke Bawah

iCookAsia

Walaupun membuat kek buah agak mudah, namun tricky part ialah untuk memastikan buah campuran tidak mendap ke bawah selepas dibakar.

Bagi yang pertama kali menyediakannya, harus diketahui buah campuran haruslah diayak dengan tepung terlebih dahulu supaya ia serasi dengan adunan dan akan kekal di posisi walau selepas dibakar.

Malah sewaktu masukkan adunan ke dalam loyang, jangan sesekali hentakkan adunan kerana ia menyebabkan buah turut mendap ke bawah.

 

Bahan A – Gula hangus :

1 1/2 cwn Gula pasir

1 cwn Air panas

 

Bahan B :

4 cwn Tepung gandum

250 gm Butter

2 cwn Buah campuran – basuh dahulu untuk kurangkan manis

4 biji Telur gred B (jika gred C gunakan 5 biji)

1/2 cwn Gula pasir (kurangkan jika taknak manis)

1 sudu kecil Baking powder

1 sudu kecil Soda bikarbonat

1 sudu kecil Soda cream of tartar

1 sudu kecil Esen vanila

2 sudu besar pati Oren sunquick

 

Cara :

  1. Mula-mula ayak tepung bersama baking soda, soda bikarbonat dan cream of tartar.
  2. Selepas itu sediakan gula hangus dan kemudian masukkan butter ke dalam gula hangus yang masih panas. Campurkan bersama buah campuran ke dalam bekas tadi dan gaul sebati. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  3. Kemudian kisar gula pasir, telur, esen vanilla dan pati oren sunquick menggunakan blender.
  4. Masukkan gula hangus tadi ke dalam tepung dan gaul sebati.
  5. Selepas itu, masukkan pula bahan yang dikisar tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.
  6. Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 6’x6’ dan masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
  7. Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga air mendidih dan kukus adunan selama tiga jam. Tutup periuk pengukus dengan kain atau balut loyang dengan plastik bagi mengelakkan air wap jatuh ke dalam adunan..
  8. Untuk setengah jam pertama, kukus menggunakan api besar dan selepas itu kukus menggunakan api kecil.

Kredit resipi & foto : Mazaliza Mahayuddin

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x