fbpx

Kek Cheese Leleh Versi Mini, Kalau Jual Memang Laku, Tak Cukup Satu.

iCookAsia

Di kala zaman serba mencabar ni, kreativiti dalam berjualan memang sangat diperlukan. Jika sebelum ini kita menjual sebiji kek bersaiz biasa, mungkin untuk membuka ruang lebih ramai membeli, bolehlah kecilkan saiz kek dan kurangkan harga, jadi kuasa membeli pun lebih kuat kan?

Untuk resipi kali ini, pemilik berkongsi menu kek cheese leleh dan kek coklat versi bajet, jadi pembeli mampu merasai pelbagai jenis perasa dengan harga yang berpatutan. Kita tolong orang, tuhan tolong kita. Betul tak?

Kek ini dikukus menggunakan bekas dadih. Selepas dikukus, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas kecil. Dan tuangkan topping ke atasnya. Cadangan harga untuk sebiji kek ialah RM1.50 sehingga RM2.00.

 

Bahan Kek Coklat :

1 cwn koko powder

1 cwn susu pekat

1 cwn susu sejat

1 cwn myk msk

1 cwn gula halus

3 biji telur gred b

 

Cara :

1. Kacau semua bahan di atas menggunakan whisk. Kemudian masukkan 1 ½ cawan tepung gandum, 1 sudu kecik baking powder dan 1 sudu kecik soda bikarbonat. Ayak dahulu tepung.

2. Kacau sebati dan sehingga tidak berketul.

3. Masukkan ke dalam bekas dadih. Panaskan dahulu pengukus sehingga mendidih dan kukus selama 10 minit. Tutup pengukus dengan kain.

Topping Coklat :

1 cawan Koko powder

3 cawan Susu pekat

½ cawab Minyak masak

1/8 cawan Susu sejat

⅛ cwn uht whipping anchor

 

Cara :

Masak semua bahan dengan api perlahan. Kacau sehingga sebati dengan whisk.

 

Resipi Cheese Leleh :

250 gm cream cheese suhu bilik

500 ml whipping non dairi

 

Cara :

1. Adunkan semua bahan sehingga kental kemudian masukkan susu segar mengikut kepekatan yang diingini. Selepas itu masukkan susu pekat mengikut selera masing-masing.

 

Resipi Kek :

1. Mix 1 sudu besar ovelette, 1 cawan gula halus, 5 biji telur, esen vanilla dan pewarna. Putar sehingga gebu dua kali ganda.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat. Ayak dahulu tepung. Putar menggunakan kelajuan perlahan.

3. Masukkan pula setengah cawan minyak masak. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dadih.

4. Panaskan pengukus dan apabila mendidih, baru masukkan kek dan kukus selama 10 minit.

Sumber : Nurlyn Cookies

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x