fbpx

Kek Coklat Cheese. Kek Kukus Mudah, Tapi Gerenti Jadi.

iCookAsia

Kek Coklat Cheese yang dikongsikan  Eiza Musa ini memang cukup menawan hati. Gabungan rasa coklat dan cream cheese menggambarkan erti kesempurnaan pada setiap gigitan. Cara membuatnya juga mudah dan hanya perlu dikukus.

 

Bahan cheese :

50 gm Cream cheese

2 sudu besar Tepung gandum

1 sudu besar Susu cair

1 sudu besar Susu pekat

 

Cara :

  1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan berwarna putih.
  2. Jika mahukan lebih banyak rasa cheese, hanya gandakan adunan.

 

Bahan A :

2 biji Telur gred A/B. Jika gred C, gunakan 3 biji

1/2 cwn Gula

1 sudu kecil Esen Vanilla

 

Bahan B :

½ cwn Susu cair

½ cwn Susu pekat

½ cwn Minyak

2 sudu besar Air panas

 

Bahan C : ayak

1 cwn Tepung

½ cwn Serbuk koko

1 sudu kecil Soda bikarbonat

1 sudu kecil Baking powder

 

Cara :

  1. Pukul bahan A sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan bahan B, kaup rata sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan bahan C dan kaup rata. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam loyang.
  4. Buat adunan cheese dan letakkan cheese di atas adunan kek tadi. Cheese akan tenggelam sewaktu diletak tetapi ia akan naik sendiri sewaktu dikukus. Corakkan adunan cheese dengan menggunakan garfu.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Pastikan tudung pengukus ditutup supaya air tidak menitis atas adunan.

Kredit resipi & foto : Eiza Musa

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x