Resipi perkongsian Nor Azliza Mohamed ini cukup mudah dan kek coklat boleh dikukus atau dibakar mengikut citarasa masing-masing.
Untuk frosting, boleh dibuat malam dan disimpan dalam peti ais. Keesokannya boleh terus paipkan ke atas kek.
Bahan Kek :
3 biji Telur
1 cawan Gula – boleh tambah jika suka manis
1 cawan Minyak
1 1/2 cawan Tepung naik sendiri + 1 sudu kecil Soda dikarbonat. Jika tiada boleh gunakan tepung gandum bersama satu sudu kecil soda bikarbonat dan satu sudu kecil baking powder dan ayak bersama.
1/2 cawan Serbuk koko / Milo
1/4 cawan Air panas
Cara :
- Masukkan telur dan gula. Kacau dan tidak perlu sehingga kembang.
- Kemudian masukkan minyak dan kacau sebati.
- Selepas itu masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sebati.
- Masukkan air panas dan kacau sebati.
- Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 170c selama 50 minit. Ataupun boleh dikukus selama 40 minit.
Coffee Buttercream Frosting :
250 gm Butter
100 gm Gula icing
1 sb Nescafe – bancuh dengan dua sudu besar air panas
Cara :
- Putar semua bahan dengan kelajuan sederhana sehingga gebu.
- Potong kek kepada dua lapisan, kemudian sapukan buttercream di atas setiap lapisan dan lepakan di seluruh bahagian kek.
- Deco mengikut kreativiti masing-masing.
Kredit resipi & foto : Nor Azliza Mohamed
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/