fbpx

Kek Coklat Gebu Dengan Coffe Buttercream Frosting. Boleh Bakar Atau Kukus.

iCookAsia

Resipi perkongsian Nor Azliza Mohamed ini cukup mudah dan kek coklat boleh dikukus atau dibakar mengikut citarasa masing-masing.

Untuk frosting, boleh dibuat malam dan disimpan dalam peti ais. Keesokannya boleh terus paipkan ke atas kek.

 

Bahan Kek :

3 biji Telur

1 cawan Gula – boleh tambah jika suka manis

1 cawan Minyak

1 1/2 cawan Tepung naik sendiri + 1 sudu kecil Soda dikarbonat. Jika tiada boleh gunakan tepung gandum bersama satu sudu kecil soda bikarbonat dan satu sudu kecil baking powder dan ayak bersama.

1/2 cawan Serbuk koko / Milo

1/4 cawan Air panas

 

Cara :

  1. Masukkan telur dan gula. Kacau dan tidak perlu sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan minyak dan kacau sebati.
  3. Selepas itu masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sebati.
  4. Masukkan air panas dan kacau sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 170c selama 50 minit. Ataupun boleh dikukus selama 40 minit.

 

Coffee Buttercream Frosting :

250 gm Butter

100 gm Gula icing

1 sb Nescafe – bancuh dengan dua sudu besar air panas

 

Cara :

  1. Putar semua bahan dengan kelajuan sederhana sehingga gebu.
  2. Potong kek kepada dua lapisan, kemudian sapukan buttercream di atas setiap lapisan dan lepakan di seluruh bahagian kek.
  3. Deco mengikut kreativiti masing-masing.

Kredit resipi & foto : Nor Azliza Mohamed

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x