in ,

Kek Coklat Kukus Yang Confirm Mak-Mak Suka. Letak Nutella Hiasan, Kalau Tiada Pun Masih Sedap Untuk Dimakan.

Apabila disebut kukus, memang boleh bayangkan dah kek itu pasti lembut dan gebu gebas. Hasilnya pula, confirm menjadi! Tak perlu risau kek terbakar dah. 

Seperti perkongsian resipi dibawah ini, apabila beliau membuat Kek Coklat Kukus yang sangat basic. Tetapi, yang menarik dan extra nya apabila beliau jadikan Nutella sebagai topping. Hiasan coraknya pun cantik. Jom buat!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Kek Coklat ini 🙂

Bahan-bahan (di blend semua)

3 biji telur

1 cawan minyak

1 cawan gula

1 cawan susu pekat manis

1 cawan susu cair/ segar

1 cawan serbuk koko

*Tuangkan ke dalam bekas dan ketepikan sebentar.

Bahan-bahan untuk diayak:

1¼ cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuat:

  1. Masukkan bahan-bahan yang sudah diayak ke dalam bekas berisi adunan yang di blend tadi sedikit-sedikit dan kacau sehingga sebati. 
  2. Sediakan loyang dan tuanglah adunan tadi ke dalamnya. 
  3. Panaskan pengukus. 
  4. Kukuslah sehingga masak. Jika nak guna loyang yang kecil-kecil, masa lebih kurang 15 minit. Jika satu  loyang besar saja tambahlah 40 hingga 45 minit. Cucuklah dengan lidi untuk memastikan kek anda sudah masak. 

“saya hias dengan nutella saja ikut kreativiti. Jika suka boleh juga buatkan topping. Tapi kek ini rasanya sedap walaupun dimakan begitu saja.”

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0