fbpx

Kek Keju Paling Senang Nak Buat. Sediakan Empat Bahan Ni Dah Siap.

iCookAsia

Kalau korang kekurangan bahan untuk membuat kek, apa kata sediakan sahaja Kek Keju ni kerana hanya empat bahan sahaja diperlukan. Tekstur kek ini agak kenyal dan penuh berkrim, bukan seperti cotton cheese cake.

Kek ini dimasak dengan kaedah bain marie iaitu kaedah double boiler atau steam bath. Ia merupakan kaedah memasak secara stim di mana bekas berisi adunan dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. Ia juga dapat mengelakkan kek menjadi cepat hangus.

 

Bahan :

200 gm Cream cheese

5 biji Telur gred A

1/2 tin Susu pekat

1 cawan Selfrising flour

 

Cara :

  1. Asingkan putih dan kuning telur. Kemudian pukul telur putih dahulu sehingga kembang, soft peak dan bertanduk. Terbalikkan mangkuk untuk melihat menjadi soft peak atau tidak. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese dan susu sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan kaup balik menggunakan spatula.
  3. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan cream cheese tadi. Kaup balik sehingga kedua-dua adunan sebati.
  5. Kek di masak menggunakan loyang bersaiz 6”. Griskan loyang dengan minyak. Lapik dasar loyang. Tepi loyang tak perlu lapik baking paper.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar menggunakan kaedah bain marie dengan api atas bawah pada suhu 130 hingga 150c selama satu jam atau lebih, bergantung kepada ketuhar masing-masing.
  7. Selepas siap dibakar, rehatkan dalam ketuhar selama dua minit dan terus terbalikkan kek.

Kredit resipi & foto : Nurul Athira

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x