fbpx

Kek Lapis Asam Manis Tanpa Tepung Versi Kukus. Disertakan Step By Step.

iCookAsia

Kek Lapis Asam Manis ini antara kek kegemaran ramai yang masih popular sehingga ke hari ini. Resipi perkongsian Noraspaniza Karnasin Epin ini tidak menggunakan tepung, sebaliknya menggunakan biskut Marie yang dikisar sebagai bahan utama.

 

Bahan :

Asam Haw Flakes

250 gm Buttercup

2 cwn Biskut Marie – kisar

5 biji Telur gred B

1/2 cwn Gula halus

1/2 cwn Susu pekat manis – boleh kurangkan

1 penutup Esen vanila

Pewarna – ikut suka

 

Cara :

  1. Pukul butter bersama gula sehingga gebu. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga
  2. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis dan gaul rata. Selepas itu masukkan serbuk biskut Marie.
  3. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Kemudian boleh warnakan adunan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Mula melapis adunan dan susun asam di atasnya. Kukus setiap lapisan selama 5minit dan ulang langkah sehingga adunan habis. Untuk lapisan terakhir, kukus lama sedikit selama 10 minit agar adunan masak sekata.

Kredit resipi & foto : Noraspaniza Karnasin Epink

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x