fbpx

Kek Marble Kampung Guna Sukatan Cawan. Lembut Dan Gebu.

iCookAsia

Kek Marble Kampung ini memang cukup mudah untuk disediakan dan orang dulu-dulu lebih gemar gunakan marjerin untuk membuat kek dan biskut. Makan banyak mana pun tak muak kan?

Resipi Kek Marble Kampung perkongsian Ida Zaida ini menggunakan sukatan cawan, jadi senanglah korang nak cuba buat sendiri di rumah.

 

Bahan :

2 cwn Tepung gandum cap rose – diayak / Jika gunakan Tepung kek blue key tak perlu letak baking powder

1 sudu kecil Baking powder

 

Bahan putar :

1 cawan Gula halus – boleh kurangkan

1 cawan Marjerin pelangi

5 biji Telur – gred B

1 sudu kecil Esen vanila

3 sudu Susu pekat manis

 

Cara :

  1. Putar gula halus dan marjerin sehingga kembang dan putih. Selepas itu masukkan telur, esen vanila dan susu pekat manis. Putar sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dibiarkan tanpa warna dan satu lagi adunan masukkan serbuk koko.
  4. Lapiskan dengan bermula adunan biasa kemudian adunan koko dan buat sehingga habis.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 160c dan bakar selama 45 minit sehingga satu jam.

Kredit resipi & foto : Ida Zaida

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x