fbpx

Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah. Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

iCookAsia

Peminat cheese wajib buat resipi Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah ni, cukup menyelerakan. Malah disertakan juga langkah demi langkah buat rujukan, jadi lebih mudah untuk buat sendiri di rumah.

Terima kasih Ariana Sofia Ahmad atas perkongsian resipi.

Bahan :

5 biji Telur (Gred B)

3/4 cawan Gula halus

1 sudu besar Ovallete

2 cawan Tepung gandum

1 sk Baking powder

1 sk Soda bikarbonat

1 sk Cream of tartar

1 sk Perisa pandan coconut

2 sk Pewarna hijau epal

5 sudu besar Minyak masak

Cara :

  1. Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete.
  2. Putar bahan sehingga sebati dan gebu. Tetapi masih cair.
  3. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar. Putar lagi sehingga sebati. Jangan terlampau pekat.
  4. Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatula sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan separuh bekas sahaja.
  6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tidak jatuh di atas kek.
  7. Pastikan kukus sehingga naik gebu. Cara untuk mengetahu kek masak atau tidak ialah dengan goyangkan bekas. Kalau tidak cair maksudnya kek sudah masak.
  8. Terbalik terus daripada bekas dan rehatkan dalam 10 minit.
  9. Potong di tengah-tengah kek dan ketepikan. Buat cream cheese pula.

 

Bahan cream cheese :

300 gm Cream cheese

1 1/2 cawan Whipping cream

1/2 cawan Susu pekat

1/2 cawan Susu segar

Cheddar cheese – parut

 

Cara :

  1. Putar cheese, susu pekat dan whipping cream sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan cream cheese dalam pipping beg. Tak masukkan pun tak apa. Simpan 1/4 daripada adunan untuk buat lapisan cheese paling atas (cair).
  3. Letak cheese di atas kek lapisan bawah.
  4. Letak pula cheese bahagian atas kek. Jangan kedekut sangat cheese.
  5. Selepas itu, lebihan cheese tadi putar semula dengan susu segar untuk lapisan atas sekali.
  6. Tuangkan 3 hingga 4 sudu cheese yang diputar tadi di atas kek. Walaupun cair sedikit tetapi masih pekat.
  7. Bahagian atas akan jadi licin selepas tuang lapisan cheese yang atas.
  8. Akhir sekali parut cheddar cheese di atas kek.

Kredit resipi & foto : Ariana Sofia Ahmad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x