Resipi perkongsian Ika Zul ini memang cukup sesuai kalau ada yang berhajat nak buat tambah pendapatan. Kek pandan gebu dengan padanan cheese leleh memang cukup membuka selera.
Bahan A – ayak dan ketepikan :
220 gram Tepung gandum
1 sudu teh Serbuk penaik
½ sudu teh Soda bikarbonat
1 sudu teh Cream of tartar
Bahan B – putar sehingga gebu :
5 biji telur – gred A
1 sudu makan Ovalatte
200 gram Gula halus
1 sudu makan Coconut pandan emulco
1 sudu makan Pewarna hijau epal
Bahan C :
150 gram Minyak
Cara :
- Ayak bahan A.
- Putar bahan B sehingga gebu. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B berselang seli dengan bahan C. Putar sebati.
- Masukkan adunan ke dalam bekas SQ3000 dan kukus selama 40 minit.
Bahan Cheese Topping Sedap Meleleh :
750 gram Cream cheese
500 gram (1 tin) Susu pekat
500 gram (1 cawan) Whipping cream dairy
562 gram Susu penuh krim dutch lady
Cara :
- Putar semua bahan cheese sehingga sebati.
- Kemudian ambil sedikit crumble daripada kek yang dipecahkan.
- Cucuk kek menggunakan garfu dan tuangkan topping cheese di atas kek.
- Selepas itu, parutkan keju cheddar.
- Akhir sekali taburkan crumble hijau tadi di bahagian tepi kek. Siap.
- Bahan topping boleh dapat dua bekas 3000, 1 bekas 1500.
Kredit resipi & foto : Ika Zul
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/