fbpx

Kek Pandan Gebu Gebas Dengan Sekilo Topping Cheese. Resipi Confirm Jadi.

iCookAsia

Resipi perkongsian Ika Zul ini memang cukup sesuai kalau ada yang berhajat nak buat tambah pendapatan. Kek pandan gebu dengan padanan cheese leleh memang cukup membuka selera.

 

Bahan A – ayak dan ketepikan :

220 gram Tepung gandum

1 sudu teh Serbuk penaik

½ sudu teh Soda bikarbonat

1 sudu teh Cream of tartar

 

Bahan B – putar sehingga gebu :

5 biji telur – gred A

1 sudu makan Ovalatte

200 gram Gula halus

1 sudu makan Coconut pandan emulco

1 sudu makan Pewarna hijau epal

 

Bahan C :

150 gram Minyak

 

Cara :

  1. Ayak bahan A.
  2. Putar bahan B sehingga gebu. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B berselang seli dengan bahan C. Putar sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam bekas SQ3000 dan kukus selama 40 minit.

 

Bahan Cheese Topping Sedap Meleleh :

750 gram Cream cheese

500 gram (1 tin) Susu pekat

500 gram (1 cawan) Whipping cream dairy

562 gram Susu penuh krim dutch lady

 

Cara :

  1. Putar semua bahan cheese sehingga sebati.
  2. Kemudian ambil sedikit crumble daripada kek yang dipecahkan.
  3. Cucuk kek menggunakan garfu dan tuangkan topping cheese di atas kek.
  4. Selepas itu, parutkan keju cheddar.
  5. Akhir sekali taburkan crumble hijau tadi di bahagian tepi kek. Siap.
  6. Bahan topping boleh dapat dua bekas 3000, 1 bekas 1500.

Kredit resipi & foto : Ika Zul

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x