in ,

Kek Pisang Milo Yang Gebu Dan Lembut. Sekali Suap Nak Rasa, Terus Jatuh Hati Sebab Sedap Sangat.

Hidangan Kek Pisang sekarang sudah ada versi yang lain. Kalau mengikut cara asalnya yang kita biasa dapatkan di kedai runcit, kek pisang ini kosong atau plain sahaja. Tiada topping di atas. Versi sekarang pula, ada hirisan pisang pada permukaan. 

Untuk resipi kali ini, Admin bukan nak kongsikan cara yang baru tetapi cara yang lama. Cuma, tambahan pada bahan atau rasa iaitu milo. Jarang dibuat orang kan? Rasanya pula cukup manis dan sedap. Boleh la anda cuba dirumah. Kalau tiada milo, jangan risau boleh diganti kan dengan serbuk koko. 

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Kek Pisang Milo ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 cawan pisang lenyek.

1/2 cawan minyak jagung

2 biji telur A

1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan milo (Kalau takde boleh ganti serbuk koko)

3/4 cawan brown sugar

1/2 cawan coklat chip

 

Cara membuat:


1. Dalam bekas, masukkan pisang lenyek, gula, minyak, telur, esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sebati.

2. Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Kaup hingga sebati dan masukkan coklat coin.


3. Tuang dalam loyang yang dialas kertas minyak atau lengser dulu dengan minyak.

4. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0