Pernah tak anda semua hadapi insiden kuey teow goreng kembang? Nak hidangkan pun rasa segan.. Anda jangan tak tahu, kuey teow pun ada sifatnya yang membuatkan ia cepat kembang bila digoreng tau. Jom baca perkongsian admin hari ini.
Terima kasih Yurni Emilia untuk perkongsian tips ni 🙂
Tips elakkan kuey teow goreng kembang:
- Kuey teow tak friendly dengan air, jadi:
- Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
- Basuh pakai air paip sahaja. Bukan dengan air panas.
- Basuh kuey teow tu pilihan. Setengah orang buat, setengah tidak.
- Bila menggoreng, kuey teow sangat friendly dengan minyak. Jadi letak minyak lebih sikit.
- Nak Penang style, letak sedikit minyak bijan. Sikit je sebab minyak bijan baunya kuat.
- Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos tomato. Kena ingat, kuey teow tidak friendly dengan air.
- Tambah air hanya bila nak buat Char Kuey Teow banjir.
- Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit sebelum digaulkan atau dikacau dengan kuey teow yang sedang digoreng tu.
Kredit tips dan gambar: Yurni Emilia (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.com
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos