Kerabu ini bermacam-macam jenis. Asal bercampur beberapa bahan juga dipanggil kerabu. Seperti perkongsian resepi hari ni, iaitu campuran sayur tauge, kacang botol dan juga kerang. Makan dengan nasi putih panas-panas ni confirm sedap dan puas.
Terima kasih Myra Mahamad Saad untuk perkongsian resipi Kerabu Tauge Kacang Botol dan Kerang ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tauge (dicelur sekejap)
5 batang kacang botol (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji cili api (ditumbuk halus bersama garam, belacan bakar sedikit dan gula)
1 cawan isi kerang yang direbus
Jus limau nipis secukupnya (anggaran 2 biji je saya guna tadi)
2 sudu Kerisik atau secukupnya (lebihkan pun boleh)
Gula dan garam yang ditumbuk tadi
*Nak tabur pun boleh. Tak ada masalah. Tapi dah tumbuk tadi, rasa dahulu yang sudah siap digaul dengan bahan sayur tadi.
Cara membuat:
- Blend sikit lada kering lebih kurang 5 biji dan sedikit kelapa parut.
- Gaul sebati semua bahan tadi, tauge, kacang botol, lada kisar dan kelapa tadi, lada tumbuk, kerisik, jus dan isi kerang. Gaul sebati, dan rasa.
*Kalau ade rasa yang kurang cukup, boleh tambah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Myra Mahamad Saad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/