fbpx

Keunikan Ubi Tonyoh Yang Memang Susah Nak Jumpa Di Mana-Mana Tapi Boleh Dibuat!

iCookAsia

Pantang nampak ubi kayu mesti rasa nak buat Ubi Tonyoh ni. Gatal tangan orang kata, ada je resepi yang nak dicuba. Memang jauh lagi puas hati dari beli. Memang viral betul kalau dimakan waktu hujan.

Belum cuba belum tahu.

Jom try.

Terima kasih Mizah Ngatiman untuk perkongsian resipi Ubi Tonyoh  ini 🙂

Bahan- bahan:
3 batang ubi kayu saiz sederhana
1 biji kelapa parut (bahagi dua untuk kukus dan untuk gaul)
Sedikit garam halus
1 senduk rata gula pasir (suka manis lebihkan)
*ada yang gaul dengan gula nisan atau gula melaka
*ada yang buat warna warni

Cara membuat:

  1. Mula-mula, buang kulit ubi kayu dan cuci sehingga bersih.
  2. Kemudian, dah boleh mula sagat ubi kayu tersebut.
  3. Ambil sedikit kelapa parut dan dan kukus sekejap dengan sedikit garam.
  4. Ambil 2 senduk kelapa parut yang lain.
  5. Masukkan secubit garam halus dan 1 senduk rata gula pasir. Gaul rata.
  6. Kukus selama 15 minit. 
  7. Akhir sekali, boleh makan bersama kelapa parut tadi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatiman(Facebook)

Ubi Kayu tu mesti kena sagat dulu. Boleh tengok sini: https://shope.ee/5fOpuXwBn6 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x