fbpx

KFC Sambut Ulang Tahun Kelahiran ke-130 Colonel Sanders dengan Kempen ‘Extend-A-Heart’

iCookAsia
Salah satu kedai KFC di Aman Puri, Kepong telah berjaya menyediakan dan menghantar makanan KFC yang enak kepada lebih 180 orang penduduk di PPR Pekan Kepong Setia. Dianggarkan lebih dari 6,500 individu kurang berkemampuan telah mendapat manfaat daripada inisiatif Extend-A-Heart bersempena KFC Act of Colonel-ness bulan ini hasil dari penyertaan lebih 130 cawangan KFC seluruh Malaysia.

 

Bersempena dengan KFC Act of Colonelness, sebanyak 8 cawangan KFC di Selangor telah menyumbangkan makanan KFC yang lazat kepada lebih daripada 480 individu di Pangsapuri Taman Enggang, Puchong.

 

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2020 – Bersempena ulang tahun kelahiran Colonel Sanders, KFC secara tahunan meraikan sambutan ini melalui tradisi amal yang dikenali sebagai ‘Acts of Colonel-ness‘. Pada bulan ini, di kala usia Colonel Sanders mencecah 130 tahun, KFC  menggalakkan warga pekerjanya  di lebih dari 135 negara untuk menjalankan 130,000 aktiviti amal kepada masyarakat yang memerlukan sepanjang bulan September.

Bersama-sama meraikan pencapaian ini dengan KFC dari seluruh dunia, KFC Malaysia telah melancarkan kempen ‘Extend-A-Heart’ di mana kakitangan KFC telah membekalkan pek makanan kepada lebih daripada 6,500 individu yang memerlukan daripada 23 komuniti di Selangor dan Kuala Lumpur serta 29 rumah kebajikan dan rumah anak yatim di seluruh negara. Melalui ‘Extend-A-Heart’, pek-pek makanan bernilai lebih daripada RM39,725 telah diagihkan. 

Setelah 47 tahun beroperasi di Malaysia, KFC kini sinonim sebagai jenama tempatan di mana rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti KFC Malaysia. Sifat ‘baik hati’ merupakan nilai yang sudah sebati dalam jiwa rakyat Malaysia dan nilai ini telah KFC adaptasikan dalam pengendalian perniagaannya di Malaysia – menjadikannya sebuah syarikat prihatin terhadap komuniti tempatan.

“KFC didorong oleh budaya yang dipimpin oleh hati, berasaskan nilai-nilai asli Colonel Sanders yang menitikberatkan sifat kebaikan dan kebajikan terhadap komuniti tempatan. Meneruskan nilai-nilai murni ini, kami gembira untuk memberi kembali kepada masyarakat terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. ‘Extend-A-Heart’ adalah peluang untuk kami mempraktikkan nilai-nilai ini kerana sifat kebaikan dan kebajikan itu amat penting di KFC,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Melalui ‘Extend-A-Heart’, KFC telah memobilasikan warga pekerjanya di seluruh Malaysia untuk membuat penghantaran pek-pek makanan KFC lazat bagi menceriakan hari individu-individu yang memerlukan di sekitar komuniti mereka. Ini termasuk Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kawasan perumahan kos rendah antara lain.

Salah satu kedai KFC di Aman Puri, Kepong telah berjaya menyediakan dan menghantar makanan KFC yang enak kepada lebih 180 orang penduduk di PPR Pekan Kepong Setia. Dianggarkan lebih dari 6,500 individu kurang berkemampuan telah mendapat manfaat daripada inisiatif Extend-A-Heart bersempena KFC Act of Colonel-ness bulan ini hasil dari penyertaan lebih 130 cawangan KFC seluruh Malaysia.

 

Semenjak terjadinya pandemik COVID-19, QSR Brands yang mengendalikan KFC Malaysia juga turut memberikan sokongan penuh kepada petugas barisan hadapan dan komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dengan membekalkan bantuan makanan kepada mereka terutamanya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ,di mana lebih daripada 36,000 pek makanan bernilai lebih RM 392,650 telah diedarkan. 

KFC Malaysia komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam sambutan tahunan amal ‘Acts of Colonel-ness’ yang meraikan legasi kebaikan dan kebajikan Colonel Sanders. KFC juga komited untuk terus menghidangkan makanan yang lazat di samping terus berbakti kepada rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x