Jika sebelum ini kami kongsikan resipi Ikan Celup Tepung (ICT) dan jemput-jemput sayuran, namun tidak lengkap rasanya jika tidak sertakan bersama kuah colek versi Terengganu yang cukup enak ini.
Terima kasih Achik Ita Jsd Kelantan sudi berkongsi resipi.
Bahan :
1 keping Nisan / Gula melaka keping. Jika kecil, letakkan 4-5 keping
2-3 sb Gula
2 sb Cili giling – nak pedas letak lebih
1-2 sb Asam jawa
Sos cili – agak-agak
Garam
Aji – optional
Air separuh periuk sederhana
Cara :
- Masak semua bahan sehingga mendidih, selepas mendidih perlahankan api dan biarkan masak sehingga pekat.
- Sedap dimakan dengan keropok lekor, jemput-jemput dan ICT.
Kredit resipi & foto : Achik Ita Jsd Kelantan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/