in , , ,

Kuah Colek Versi Terengganu. Sedap Makan Dengan Keropok Lekor Dan Ikan Celup Tepung.

Jika sebelum ini kami kongsikan resipi Ikan Celup Tepung (ICT) dan jemput-jemput sayuran, namun tidak lengkap rasanya jika tidak sertakan bersama kuah colek versi Terengganu yang cukup enak ini.

Terima kasih Achik Ita Jsd Kelantan sudi berkongsi resipi.

 

Bahan :

1 keping Nisan / Gula melaka keping. Jika kecil, letakkan 4-5 keping

2-3 sb Gula

2 sb Cili giling – nak pedas letak lebih

1-2 sb Asam jawa

Sos cili – agak-agak

Garam

Aji – optional

Air separuh periuk sederhana

 

Cara :

  1. Masak semua bahan sehingga mendidih, selepas mendidih perlahankan api dan biarkan masak sehingga pekat.
  2. Sedap dimakan dengan keropok lekor, jemput-jemput dan ICT.

Kredit resipi & foto : Achik Ita Jsd Kelantan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0