fbpx

Kuih Cara Jagung, Lain Dari Kuih Cara Yang Lain.

iCookAsia

Biasa kita tahu resepi kuih cara manis atau cara berlauk je kan, kali ini Min nak kongsikan Resepi Cara Jagung pula. Peminat jagung kena cuba tau resepi ni.

Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Kuih Cara Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan jagung manis ala krim

3 cawan tepung gandum

1 cawan santan pekat

2 1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu teh garam halus

Pewarna kuning

1 cawan gula pasir (sebagai inti)

2 helai daun pandan (disiat & diikat untuk sapu minyak)

Minyak secukupnya untuk disapu pada acuan

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan kecuali jagung. Kacau & blend sebati.
  2. Tuang ke dalam bekas & campur jagung. Kacau rata.
  3. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu saja sebab tak ada acuan Kuih cara. Sapu acuan dgn minyak menggunakan daun pandan.
  4. Kemudian, tuang adunan hingga penuh acuan. Biarkan seketika dalam 10 saat baru tuang gula di tengah-tengahnya. 1/2 sudu teh gula setiap satu kuih. Tutup & masak selama 5 minit di atas api kecil atau hingga permukaannya licin & di bawahnya sedikit garing.
  5. Cungkil dengan hujung sudu untuk keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidangkan panas-panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x