fbpx

Kuih Kasturi Berlemak, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kuih Kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas, nama yang berbeza namun ianya kuih yang sama. Kuih ini cukup enak dengan inti kacang hijau berlemak dengan salutan tepung rangup di bahagian luar.

Lebih mudah, kuih ini boleh disediakan dalan kuantiti yang banyak dan difrozenkan. Jadi hanya goreng apabila teringin nak makan.

 

“Ramadhan dah dekat ni ada menu frozen kuih kacang hijau yang boleh dicuba. nostalgia antara kuih yang selalu arwah mak buat untuk makan bulan posa masa kecik-kecik dulu.

“Harini kali pertama anak dia buat . kalau beli kat kedai keras sebab kacang depa campur tepung gandum. tapi bila buat sendiri 💯 kacang hijau& kelapa ja ikut cara mak.”

 

Bahan : (untuk 20 kuih)

250 gm kacang hijau

2 senduk kelapa parut

3 senduk gula ikut manis yang kita suka

 

Bahan salutan celup tepung:

1 cwn tepung beras cap teratai

1 sudu tepung jagung (optional)

1 sudu air kapur makan

Garam secukup rasa

Sedikit kunyit

 

Cara :

1. Rendam kacang hijau selama 1 hingga 2 jam. Kemudian rebus.

2. Apabila air agak kering air, masukkan gula dan gaul sampai kering dengan api perlahan. Pastikan air betul-betul kering sewaktu masukkan gula, jika tidak kuih akan berair.

3. Selepas itu masukkan kelapa dan gaul sebentar dengan api perlahan. Tutup api. Biarkan sejuk. Boleh masukkan dalam peti sejuk.

4. Bentukkan seperti dalam gambar. Pastikan padat, jika tidak kuih akan berderai sewaktu digoreng.

5. Buat bancuhan macam goreng pisang.

6. Celup dan goreng.

Sumber : Zunainah Hamid

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x