fbpx

Kuih Kaswi Lain Daripada Yang Asal. Buat Kuih Kaswi Jagung Dengan Letakkan Kordial Jagung Dalam Adunan.

iCookAsia

Kuih Kaswi adalah antara kuih tempatan yang sangat popular untuk dijual di gerai-gerai pada waktu pagi. Ia juga dipanggil Kuih Lompang. Tetapi Kuih Kaswi ini memang wajib untuk disalut bersama kelapa parut. Manakala, Kuih Lompang pula ada yang orang jadikan tanpa kelapa parut itu. Biasalah, ikut citarasa anda, nak kelapa parut atau tak. 

Untuk resepi kali ini, seorang pengguna Facebook telah membuat kelainan pada kuih tradisional ini dimana beliau membuat perisa jagung dengan menggunakan Kordial Jagung sahaja. Menarik tak? Jom cuba!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Kaswi Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi

1 cawan gula (nak manis lagi boleh tambah)

5 cawan air

3 sudu besar kordial jagung

½ sudu kecil air kapur

Cara membuat:

  1. Tepung gandum, tepung ubi, gula masukkan dalam bekas. Kacau sebati, kemudian masukkan air, kordial jagung dan air kapur. Kacau sebati semua bahan, nak senang lagi, blender sahaja.
  2. Panaskan air kukusan sehingga mendidih, tuang adunan ke dalam loyang.
  3. Loyang, disapu sedikit minyak masak atau lapik dengan plastik.
  4. Kukus selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x