in ,

Kuih Kegemaran Ramai, Kuih Seri Muka Guna Isi Durian. Peminat Durian Patut Cuba Resepi Ini!

Kuih tradisional Kuih Seri Muka adalah antara kuih yang digemari ramai. Bukan pada bulan Ramadan sahaja kuih ini high-demand. Tetapi, pada bulan-bulan yang lain juga. Kalau pergi ke gerai tepi jalan, pasti kuih ini ada. Senang cerita, mudah untuk dapati. Dengan rasa pandan pada lapisan atas yang sedap dan lembut, pasti anda terliur!

Tetapi, pernahkah anda dengar dan jumpa Kuih Seri Muka yang mempunyai inti atau isi durian? Haa, buat peminat durian, memang wajib cuba. Bukan menggunakan bahan seperti perisa atau pewarna tau. Memang betul-betul gunakan Isi durian. Wow, sedapnya!

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Durian ini 🙂

Bahan untuk Lapisan Bawah:

1 1/2 cawan beras pulut

2 cawan santan sederhana pekat

1 sudu kecil garam

3 helai daun pandan (simpul)

1 sudu besar minyak masak

 

Bahan untuk Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat*

1 cawan isi durian*

1 cawan gula pasir*

1/2 cawan tepung kastard*

1/2 cawan tepung gandum*

Secubit garam*

1 sudu besar minyak masak*

1 sudu besar tepung beras*

1 biji telur gred A*

1 sudu kecil esen vanilla*

Pewarna kuning*

Cara membuat:

  1. Rendam beras pulut semalaman, tos kering masuk dalam loyang dan tuang santan sederhana pekat, garam,daun pandan dan minyak masak. Gaul sebati dan kukus selama 25 minit.
  2. Sudah siap kukus, gembur-gemburkan pulut dan padatkan dalam loyang. Gores sedikit permukaan pulut. 
  3. Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan bertanda (*) dan gaul sebatikan. Kisar halus, kemudian masak atas api perlahan sehingga naik wap. Tutup api dan tuang atas lapisan pulut dan kukus kuih selama 40 minit.
  4. Pada 10 minit terakhir, buka penutup kukus dan biarkan permukaan kuih kering. Apabila kuih sudah betul-betul sejuk, potong dan sedia untuk dihidang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0