in ,

Kuih Lapis Pelangi. Buat Untuk Anak-Anak Di Rumah, Pasti Mereka Suka.

Kuih Lapis, kuih tradisi orang Melayu. Kuih ini sudah menjadi kegemaran ramai. Setiap lapisan yang berlainan warna, membuatkan penggemar kuih ini seronok untuk makan satu per satu lapisan. Betul tak? Ada yang buat begitu?

Tetapi pernahkah anda jumpa Kuih Lapis berwarna pelangi? Memang tiada jual di gerai tepi jalan. Jadi, jom cuba buat sendiri di rumah. Pasti anda lebih seronok untuk menikmati kuih ini. 

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Pelangi ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

3 1/2 cawan air (1 1/2 cawan santan + 2 cawan air)

1/4 sudu garam

Pewarna

Cara membuat:

  1. Campur kesemua bahan kecuali pewarna dan kacau hingga sebati.
  2. Tapiskan. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. 
  3. Panaskan periuk kukusan. Sapukan sedikit minyak pada loyang.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus dalam 3-5 minit atau sehingga masak. 
  5. Setelah lapisan pertama masak, masukkan adunan untuk lapisan kedua. Ulang langkah yang sama sehingga kesemua lapisan siap dikukus.
  6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10-15minit. 
  7. Angkat dan sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0