in ,

Kuih Lapis Perisa Pandan Jagung. Kalau Buat Jualan, Confirm Laku Keras! Resepi #Ramadan

Kebiasaannya, Kuih Lapis berwarna merah jambu. Itu memang secara tradisinya. Kuih ini juga menjadi kegemaran ramai, bukan pada bulan puasa sahaja, malah pada bulan yang lain juga. Senang untuk didapatkan apabila dijual di gerai tepi jalan pada waktu pagi. 

Tetapi, pernahkah anda jumpa Kuih Lapis yang berperisa Pandan Jagung? Bukan rasa je, tetapi juga pada warna hijau dan kuning. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana kuih ini menjadi perhatian ramai disebabkan warnanya. Kalau belajar buat dan menjadi ni, boleh buat jualan. Jual pada jiran tetangga dahulu, pasti mereka suka. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Pandan Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula

3 sudu besar tepung ubi

4 cawan santan 

1 sudu besar pati jagung

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Blender semua bahan kecuali pati jagung dan perisa pandan. Tapiskan ke dalam bekas.
  2. Bahagikan pada 3 bahagian.1 untuk perisa jagung, 1 untuk perisa pandan dan 1 lagi untuk original.
  3. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  4. Loyang disapukan dengan minyak.
  5. Tuang lapisan pertama, setiap lapisan di kukus selama 5 minit.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus 15-20 minit.
  7. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain.
  8. Apabila sudah siap, disejukkan dahulu baru potong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0