fbpx

Kuih Legend, Kuih Talam Suji. Resepi Ni Guna Sukatan Cawan Je!

iCookAsia

Admin pasti ramai yang jarang jumpa hidangan Kuih Talam Suji ini. Kuih orang lama ni. 

Rasa yang berlemak manis dan kenyal inilah yang buat sedap kuih ini. Buat yang tak pernah rasa, boleh cuba buat. Jangan risau tak jadi, sebab resepi di bawah ini menggunakan sukatan cawan sahaja. Jom cuba!

Terima kasih Sal Nizam untuk perkongsian resipi Kuih Talam Suji ini 🙂

Resepi ini menggunakan Loyang saiz 10”.

Bahan untuk Lapisan bawah

1 1/2 cawan tepung suji

4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa

3/4 cawan gula pasir

1 sudu kecil garam

Pewarna kuning

Caranya:

  1. Satukan semua bahan dan masak sampai likat.
  2. Selepas itu, kukus selama 15 minit.

Bahan unutk Lapisan atas:

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung kastard

3 1/2 cawan santan pekat

3 sudu besar gula

3/4 cawan gula merah

Sedikit serbuk koko

Caranya: 

  1. Jadi kan satu semua bahan dan gaul rata. 
  2. Selepas itu, tapis dan kukus selama 15 minit

Tips: Sebelum kukus, sapukan minyak pada loyang untuk Kuih lebih cantik. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sal Nizam (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x