KUIH LOMPANG
Berikut resipi untuk membuat kuih lompang:
Bahan yang diperlukan:
1) tepung beras ( 2 ½ cawan)
2) tepung ubi (½ cawan)
3) gula merah (1 cawan)
4) gula pasir (½ cawan)
5) Air kapur (1 sudu kecil)
6) air (4 cawan)
7) daun pandan (1 helai)
8) Pewarna coklat (1 sudu kecil)
9) Kelapa parut dicampur secubit garam
Caranya:
1) Mula-mula masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 2 cawan air ke dalam periuk.
2) Didihkan sehingga gula larut dan tapiskan untuk mengelak ketulan.
3) Tambahkan 2 cawan air dan sejukkan bancuhan sebentar.
4) Kemudian campurkan tepung beras, tepung ubi dan air gula merah. Kacau rata.
5) Selepas itu, masukkan pula air kapur dan pewarna coklat. Tapiskan sekali lagi untuk mengelak ketulan.
6) Masukkan adunan ke dalam acuan kuih lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
7) Kukus selama 15 minit dan kuih lompang sedia dihidang bersama kelapa parut putih.
Selamat mencuba!