Selalunya kalau nak buat kuih loyang atau kuih ros, tepung beras akan digunakan. Namun resipi kali ini berbeza sedikit kerana menggunakan campuran tepung pulut dan tepung jagung. Dan hasilnya, kuih loyang akan lebih rapuh dan sedap.
Seperti biasa, sebelum digoreng, rendam acuan terlebih dahulu dalam minyak panas sebelum ditekap dalam adunan. Acuan juga tidak perlu dicuci, hanya bersihkan dan sapu dengan minyak sahaja dan simpan.
Anda juga boleh rendamkan acuan dalam minyak yang disi dengan 4 keping asam keping untuk tiga hingga empat hari, lap kering dan simpan.
Bahan :
1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung jagung
1/2 cwan gula (nak manis boleh tambah)
1 cawan santan (tak perlu campur air)
2 biji telur
Sedikit garam
Bahan :
1. Kisar semua bahan.
2. Panaskan minyak dan letakkan acuan di dalamnya.
3. Tekapkan acuan yang panas ke dalam adunan dan celupkan ke dalam minyak panas. Selamat meloyang.
Sumber : Norazizah Hasbolah