in , , ,

Kuih Peria Kuih Ku. Buat Santapan Petang

Kalau diikutkan kuih ini mempunyai banyak nama, Kuih Ku, Angku atau Peria namun bahan-bahannya sama. Apa yang membezakan hanya rupa bentuk, kuih peria berbentuk peria manakala kuih angku berbentuk kura-kura.

“Kuih Ku /Angku / Peria

Kuih paling senang nk buat untuk minum petang. Kalau diikutkan kuih peria bentuk ulam peria, kuih angku bentuk kura kura. Tapi saya pilih buat bentuk bulat2 je, sebab itu je yg senang.  Resepi saya ambil dari group ni juga. Terima kasih ya.

Zurina Zulkefli, Melaka.”

 

Cara :

2 cawan tepung pulut

1 cawan tepung gandum

1 cubit garam

1 kotak santan

1/2 air suam

Adun hingga sebati

Untuk dapatkan doh yang ideal, uli doh hingga tidak melekat pada tangan dan tiada lebihan tepung. Bahagikan doh kepada tiga.

Titikkan cecair perwarna.

Pes kacang merah boleh dibeli di kedai bakeri. Selain inti kacang merah, boleh gunakan kacang hijau tumbuk, peanut butter dan kelapa.

Bulatkan dahulu sebelum dijadikan kuih. Tujuannya untuk dapat bentuk yang sama.

Kuih Peria acuan suka hati di atas lapisan plastik. Saya gunakan lidi sate.

Sapukan minyak di atas kuih dan kukus selama 10 minit. (Dalam gambar tak sapu minyak lagi, terlupa)


Kukus dan tutup dengan kain bagi mengelakkan air didihan terjatuh ke atas kuih.


Sumber : Zurina Zulkefli

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0