fbpx

Kuih Sagu

iCookAsia

KUIH SAGU

Bahan Bahan:

1 cawan Sagu – di basuh dan toskan
2 ½  cawan Air
¾ cawan Gula
1 sudu kecil Pewarna merah
1 helai Daun pandan di simpul
1 cawan Kelapa parut putih – di gaul dengan secubit garam

Cara menyediakannya:

1) Mula-mula didihkan air bersama daun pandan dan pewarna merah

2) Apabila air mendidih masukkan sagu dan gula. Masak hingga sagu menjadi jernih dan pekat

3) Keluarkan daun pandan dan masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik ataupun ke dalam acuan kecil mengikut citarasa anda.

4) Kukus selama 20 minit.

5) Setelah itu, kuih disejukkan dan barulah dipotong. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah di gaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x