Biasa kita buat Seri Muka dalam talam kan, kali ini Min nak kongsikan cara buat Kuih Seri Muka Acuan Lompang. Senang asing-asing terus sekali makan, tak payah nak potong dah!
Terima kasih Esya Lisha Ng untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Acuan Lompang ini 🙂
Bahan-bahan Lapisan Bawah:
1 cawan beras pulut (kalau guna beras pulut biasa rendam selama sejam, kalau guna pulut susu hanya basuh sahaja, tak perlu rendam)
1 kotak santan 200ml
½ cawan air
1 cubit garam
2 sudu minyak masak
Cara Buat Lapisan Bawah:
- Setengah cawan santan kotak dan setengah cawan air dicampurkan bersama secubit garam dan 2 sudu minyak masak dan gaul sebati. Santan fresh tak perlu minyak.
- Kukus sehingga pulut masak. Kalau guna rice cooker pun boleh, masak macam nasi biasa.
Jika anda mencari pengukus yang berkualiti, dapatkan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer.
Bahan-bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
3 sb tepung ubi (tak letak pun boleh)
2 sb tepung jagung (tak letak pun boleh)
1 biji telur gred A
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 cawan air daun pandan
1 cubit garam
Pewarna hijau
Perasa pandan
Cara Buat Lapisan Bawah:
- Campurkan kesemua bahan untuk lapisan atas di dalam bekas. Gaul sebati sehingga tiada ketulan tepung.
- Tapiskan semua dan masukkan seketika ke dalam kuali atau periuk untuk diwapkan, guna api perlahan.
- Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak, bulatkan kecil beras pulut yang sudah dimasak ke dalam acuan. Tekan sehingga padat.
- Tuangkan sehingga penuh lapisan atas yang sudah diwapkan.
- Kukus selama 15 hingga 20 minit dengan api perlahan.
Jika anda mencari pengukus yang berkualiti, dapatkan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Esya Lisya Ng (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos